Tuesday, 5 July 2011

cuCi maTa,,cUci TeliNga





Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
(1) Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
(2) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
(3) Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
(4) Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



view from bukit tengkorak





Rasa bertuah hari ini kerana dapat menjejakkan kaki ke satu lagi tapak prasejarah Malaysia dan Aisa Tenggara di zaman Neolitik iaitu di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna.  Ianya terletak di kawasan Tampi-Tampi dan berkunjung ke sini, anda pasti akan  menemui sesuatu yang menakjubkan disertai maklumat paling tepat untuk mengenali Semporna.
Kenapa aku katakan anda boleh mengenali Semporna di sini?  Ini adalah kerana apabila anda berada di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna, anda sedang berada di suatu lokasi terbaik untuk melihat keseluruhan pemandangan daerah Semporna.  Ya, dalam bentuk view 360 darjah!

Kenapa anda perlu berkunjung ke Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna  
. Bagi aku pencinta sejarah, tempat ini menjanjikan keseronokan yang tersendiri kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri peninggalan zaman Neolitik (kira-kira 3 ribu tahun lalu). Mengikut sumber (New Sabah Times-21 November 2011), Bukit Tengkorak di Semporna ini menyimpan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritim prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Ini diperkukuhkan juga dengan penemuan bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kira-kira 3,000 tahun dahulu.
Keunikan Bukit Tengkorak
New Sabah Times
Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur). Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer.
Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.
Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.
Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.
Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuk penemuan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritime prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kiria-kira 3,000 tahun dahulu.
Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa lautan dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada 1768-1779. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3,000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak berkenaan.
Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.
Kajian arkeologi pada 2002 hingga 2006 di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru mengenai kewujudan manusia prasejarah manusia di daerah Semporna lebih 10,000 tahun dahulu pada Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik (3,000 tahun dahulu), Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal (1,000 tahun dahulu).
Bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur, alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu, loceng gangsa, alat-alat besai, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan cengkarang laut.
Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Logam.
Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauam Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.


Wednesday, 27 April 2011

                  Tidak semua yang kita lihat itu benar, adakalanya yang kita tidak lihat itu yang  benar dan anak-anak yang dikasehi, yang kini barada di perantauan untuk menuntut ilmu demi  masa depan yang gemilang perlu banyak  pengorbanan kekuatan iman,ketinggian akhlak,ketekunan,dayausaha dan kesabaran itu adalah kunci untuk mencapai kehidupan yang diredhai Allah SWT, ingatlah sayang jangan jadikan diri hamba pada kebebasan yang tiada arah, sebaliknya disiplinkan diri,kenali diri walau dimanapun kita berada, jangan mudah terpengaruh oleh gejala-gejala yang tidak sihat. Doa dan salam untuk anak-anak mama yang kini masih di perantauan.

Tuesday, 29 March 2011

3FA yang disayang

Selangkah kita mencari Allah,berulang langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita, seperti mana  yang pernah di catitkan oleh seorang ibu melalui blognya beberapa bulan yang lalu, ianya adalah sangat perlu dan jadi perhatian pada kita semua dan anak-anak terutamanya yang jauh di perantauan, tiada ubat yang paling mujarab selain mendekati dan mengingati Allah Penjaga sekalian Alam.

Wow bestnya kursus MKM

28-30 March Saya start berblog.