Friday, 28 September 2012
Sikap takwa yang tersemat didalam dada akan menampilkan sikap yang luas, jauh dari kemunafikan. seorang yang bertakwah sentiasa bersikap baik dalam keadaan situasi apapun samada dalam keadaan suka atau duka, dalam senyap mahupun keramaian.
Seorang yang memiliki sikap takwa mampu mengendalikan amarahnya. marah bukan lah harus dipadam akan tetapi disebaliknya ia harus ditakluki kerana sifat-sifat tersebut adalah anugerah dari Allah pada setiap insan yang merupakan kelengkapan dan keperibadian dalam kehidupan.
Disebalik kemegahan, kemewahan dan segala kenikmatan hidup adalah ujian semata. Apakah mampu manusia bersyukur terhadap nikmat, kekayaan, kemewahan dalam hidupnya. Begitu pula disebalik kemiskinan dan kemalaratan serta segenap penderitaan hidup adalah ujian.Mampukah manusia bersikap sabar, ikhlas menerima kekurangan ataukah menjadi berputus asa.?........
Subscribe to:
Posts (Atom)